Monday, August 17, 2009

Graduation Day Sahabatku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...




Selamat bertemu kembali di ruangan maya ini.. :) Semoga semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik hendaknya..

Disini, saya uploadkan gambar graduation sahabat saya..
Ingin tampil berbeza pada hari kebesaran diri yang bersusah payah, berhempas pulas, bersengkang mata mentelaah pelajaran di kala rakan lain sibuk berlibur, berpacaran, mencari duit lebih, menguruskan hal-hal keluarga masing² atau hanya meneruskan karier yang tiada berpenghujungnya...

Inilah reward yang layak diberikan kepadanya atas usaha gigih beliau selama ini apabila usai sudah acara graduasi, beliau terus dinaikkan pangkat. Alhamdulillah... Semoga kamu terus berjaya dan yang paling penting, jangan berubah ya..! (Jangan lupa doakan kejayaan saya jugak ye! ;) )

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah, Amin. Kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi menjengah blog saya ini.

Wahh... banyak pulak nak ditulis hari ini ya? Oklah.. mari kita lihat transformasinya... dipersembahkan... Sebelum mengundurkan diri.. Tahniah sekali lagi saudari Nurfakhitah Hashim! :)


Salam Ramadhan,

Chempaka
imurveryangel@gmail.com
6012-3192887





Sebelum make over.. Selepas... Lihatlah hasil sentuhan Chempaka...










No comments:

Post a Comment

Please drop your comments here. Thank you... :)