Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Apa khabar semua viewers? Harap anda semua sihat walafiat.



Pada hari ini, saya upload satu lagi set gambar. Ini adalah gambar salah seorang 'wedding flower girl'. Orangnya comel dan tidak pernah bersolek. Diterbangkan balik oleh keluarga khas untuk hari bahagia kakaknya. Kakaknya juga pernah mendapat sentuhan Chempaka. Sekali pandang, macam iras wajah penyanyi dan pelakon Elly Mazlien. Memandangkan cik adik kita ni adalah flower girl, haruslah tidak boleh melebihi pengantin, kan..? ;)















Sempena Hari Raya Qurban yang akan menjelang esok. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Minta mohon ampun maaf jika ada salah silap, ya! Kepada sesiapa yang ada menyertai ibadah korban, moga pintu rezeki kita dibuka dengan lebih luas lagi, InsyaAllah. Amin. Kepada yang memandu, patuhilah peraturan jalan raya terutamanya had laju. Ingatlah orang yang tersayang..



Enjoy viewing.. :)


Salam Ceria..

Chempaka
6012-3192887
imurveryangel@gmail.com

Thursday, November 12, 2009

Upload lagi...

Bismillah

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Ini saya upload lagi gambar yang ada dalam simpanan. Kalau anda semua perasan, gambar ini pernah diupload tapi dalam condition yang berbeza. Mcm tak adil pula,tak beberapa nak nampak mukanya. Semoga anda senang melihatnya..


Salam sayang..

Chempaka
imurveryangel@gmail.com
6012-3192887
















Tuesday, November 10, 2009

Lagi uploads untuk tatapan semua...

Bismillah...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh kepada semua viewers..

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sebab agak lambat update blog. Harap semua dapat bersabar, ya. Saya cuba upload gambar secepat yang mungkin dan sebanyak yang mungkin untuk tatapan semua.

Upload kali ini merupakan seorang ibu yang ingin tampil berbeza pada sambutan hari ulangtahun perkahwinannya. Tiada banyak masalah untuk menatarias wajah ibu ini kerana kulitnya yang halus dan bersih memudahkan kerja-kerja menyolek.



Sebelum sentuhan Chempaka








Nyata selepas ditatarias, wajah wanita ini berubah menjadi segar-bugar seperti anak dara.. :)
Tak percaya..??
Percayalah..



Selepas sentuhan Chempaka









Kepada sesiapa yang ingin mendapat sentuhan Chempaka boleh hantarkan email atau hubungi terus ke telefon bimbit saya. Bagi bakal pengantin, offer percubaan make-up sebelum hari bahagia masih terbuka. Jadi, cepat hubungi saya!


Salam Sayang...

Chempaka
imurveryangel@gmail.com
6012-3192887